Ahad, 29 November 2009

ampunkan aku ya Allah..

"sesungguhnya Allah mguji kita dengan apa yang kita perkatakan"

sehinggakan aku terasa hina & malu kerana meletakkan diri ana serendah-rendahnya,

dihadapan manusia yang Allah jadikan sama dari tanah,

ya Allah,ujianmu ini sungguh kecil berbanding ujian rasulMu,

ya Allah tetapkan keyakinan & kekuatanku,

jadikan ujian ini semangat baru untuk ku trus bersama mu,

Kau pimpinlah aku kemana & apa pun urusan ku,

sesungguhnya Kau mengetahui sesuatu itu baik & buruknya,

banyak sudah yang aku lalaikan,

banyak sudah masa ku terbuang kerana dunia,

Ya Allah kurniakan aku seseorang yang mampu mengingatkan ku padaMU,

yang akan memimpin tangan ku ke negeri akhirat,

yang takkan sekali melupakan cintanya padaMU,

Ya Rabb..hati ini ingin aku rawat,& ubatnya hanyalah namaMU,

Aku sungguh rindu padaMU,walaupun kehadiran malam mu masih ada,

di bumi yang barakah ini,ku sujud & pinta padaMU,

kau sucikanlah diriku,jadikan aku seorang mujahidah,

yang jasadnya saja berjalan dibumi,

tetapi ruhnya tertinggal diakhirat,

ya Allah sungguh perit hati ini,tetapi aku tetap bersyukur,

kerana KAU telah menegurku dalam ujian Mu,

alhamdulillah,syukran ya Rabb,

kini aku lebih yakin dengan janji2 mu,

& harapan ku semoga tidak lagi aq meletakkan diriku serendah-rendahnya,

kerana KAU tlah menciptakan aku setinggi-tingginya dr tanah y hina,

pimpinlah aku kemana-mana ya Allah sehingga dapat ku bertemu MU..



amin..

2 ulasan:

  1. ana suka ayat jasadnya berjalan dimuka bumi tapi rohnya tertinggal d akhirat...
    anti ad bc buku agama ap2 x?

    BalasPadam
  2. ade bace,tp xla bnyak sgt..tentang ayat tu ana dgr dr sumone y ana percaya, actually ayat tu adalah dr kata2 seorg tokoh islam..tp ana lupe,huhu asiif..

    BalasPadam