Khamis, 10 Disember 2009

sampaikan kerinduan ku ini padanya..

uhibbu ya rasulullah..

& merinduimu ya rasulullah..

ingin ana mengajak antunna wa antumma

kembali mengimbau detik pemergiaan kekasih Agung

yang selama ini merindui kita..

Video yang mengajak kita semua, ummat Islam menyusuri kembali detik-detik genting dalam hidup Nabi besar junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, iaitu saat-saat baginda hendak wafat. Marilah kita sama-sama hayati bagaimana perjalanan yang dihadapi oleh seorang manusia yang paling mulia di muka bumi ini menghadap Tuhannya. Betapa sayangnya baginda pada kita, ummat Muhammad akhir zaman.Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebutsebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, Bukankah kami ini ikhwanmu?". "Tidak, Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku.", kata Rasulullah. Ikhwanku itu, menurut Rasulullah s.a.w,"Mereka adalah yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan