Isnin, 27 Disember 2010

if this is my last words..

Jika Terakhir Buatku

Album : Nota Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com


Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba

Lagu : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Lirik : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit : Munif Ahmad
Muzik : Eddie Slam
Gitar : Eddie Marzuki
Vokal : Saujana
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn Bhd

Isnin, 8 November 2010

Nota Cinta


Dengan Nama Mu Ya Allah..

Alhamdulillah, selawat & salam kepada habbibullah Muhammad S.A.W.. InsyaAllah, wa biiznillah ana akan teruskan coretan kisah yang dah lama tertunda..Memandangkan sudah masuk 10 Zulhijjah ,ana teringin kembali berkongsi buat antum wa antunna pengalaman ana melaksanakan ibadah umrah pada cuti summer y lepas(p/s:ummu muhaimin ni nak bayar hutang haritu jugak la)

muqoddimah.
QorbaN MuHibbiN

Awalan utk perkongsian pengalaman ni, ana gemar utk mulakan dengan sebuah kisah cinta Agung seorang Qudwah hasanah-Nabi Ibahim A.S, baginda merupakan Abdillah yang terbaik dikalangan ummat baginda(pada zaman baginda). dengan fitrah y punyai rasa cinta & ingin bertuhan baginda sering gelisah. seperti saatnya baginda melihat matahari banginda merasakan itu adalah tuhan,tetapi apabila matahai itu terbenam,maka timbul pula bulan pada waktu malam baginda mula tidak yakin bahawa itu adalah tuhan kerana sifat timbulnya kedua matahari & bulan itu tidak kekal sehinggalah baginda bertemu dengan satu keyakinan bahwa adanya Allah sebagai Khaliq yang menciptakan manusia & seluruh alam. dengan keteguhan iman(kepercayaan) baginda mulai jatuh cinta, nikmat beribadah sangat dinikmati baginda. sehingga apabila baginda sudah berkahwin baginda telah diuji cintanya tehadap Allah & nikmat dunia yakni anak & isteri. Sehinggakan melalui perintah Allah, baginda telah diminta untuk meninggalkan siti Hajar & Nabi Ismail. melalui peristiwa ini ana dapat melihat terdapat 3 kisah Qorban Muhibbin hanaya dalam 1 peristiwa,bak kata orang "3 in 1".

Kisah "3 in 1"

kisah ini menceritakan tentang ketaatan Nabi Ibrahim A.S terhadap perintah Allah,patuh nya patuhnya Hajar pada suami,perintah Allah & kasih & cintanya seorang ibu terhadap anak.
bermula dengan menerima perintah dari Allah,baginda diperintah untuk meinggalkan siti Hajar & nabi Ismail di suatu kawasan tanah lapang yang tiada penghuni,tiada sumber makanan bahkan tiada air untuk diminum. sewaktu ingin meninggalkan Hajar baginda sememangnya khuwatir & berat hati untuk meninggalkan mereka,tambahan pula semasa baginda ingin melangkah pergi untuk meninggalkan mereka,dengan hiba Hajar merangkul tubuh baginda & betanya kenapa mereka perlu ditinggalkan??..namun, baginda tidak menjawab.memandangkan hajar merupakan seorang isteri y solehah,beliau faham apa y sedang dilalui suaminya itu bukanlah menurut hawa nafsu,tetapi atas perintah Allah. dengan itu,atas Cinta 2 insan ini terhadap Allah yang terus-terusan memberi nikmat terhadap mereka,mereka akur & redha.SubhanAllah, inilah contoh gambaran hebat penuh dengan mawaadah & sakinah merelakan cinta tuhan melebihi segalanya.
(bagaimana pula ana?kita?).kemudian saat ditinggalkan pula,sang ibu masih lagi diuji ketaqwaannya,kesabarannya,keimanan & ketaqwaannya. dengan tawakal a'lallah, Hajar belari dari Safa' & marwah sebanyak tujuh kali(1x lari=500meter)untuk mencari sumber air untuk menghilangkan dahaga & untuk menyusukan Nabi Ismail y ketika itu masih kecil. beliau tidak merungut(kalau kite kdg2 hal kecil pun boleh nk complaint..hayyo) malah masih mampu bertawakal & yakin bahwa Allah akan mengurniakan petunjuk & keselamatan. Hebatlah kuasa Allah itu,subhanaAllah,Alhamdulillah.cuba kita fikirkan, kuasa cinta terhadapa Allah itu,mampu menampung kasih & cintanya seorang ibu terhadap suami & anaknya.(itulah yang telah hilang pada kebanyakkan kita hari ini y smakin seronok dgn cinta dunia)

Kasih Ayahanda,ketaatan anakanda

kisah yang ingin ana kongsikan seterusnya adalh kisah y mungkin ramai dikalangan kita sudah biasa dengar,tetapi banyaknya kita menjadi pendengar tanpa mengambil iktibar & juga mudah lupa. jadi untuk mengingatkan diri sendiri & semua ana ingin menceritakn kembali peristiwa yang telah diceritakan melalui kalam Allah,saat Nabi Ibrahim diperintahkan untuk menyembelih Nabi Ismail, sudah pernah dipisahkan kali ini diperintah untuk mengorbankan anak kesayangan(sungguh hebat ujian orang beriman & cintakan Allah).namun, tanpa keluh kesah baginda menuruti perintah,& pabila tiba saatnya untuk disembelih, nabi Ismail tidak lari malah menyatakan kesanggupannya untuk berkorban,demi apa & siapa semuanya,demi Allah & ayahanda.hal demikian membuatkan baginda makin sayu & menangis.sehingga tiba wahyu dari Allah yang Maha pengasih, Allah S.W.T memerintahkan nabi Ismail digantikan dengan qibash, yakni sejenis kambing sebagai ganti nabi Ismail.SubhanaAllah,Maha pengasih & penyayang-Nya Allah. Allah membebani hambanya menurut kemampuannya,Allah akan membantu hambanya y sentiasa taat.dengan memperingati peristiwa itu,maka hal itu dijadikan ibadah utk kita & disambut oleh kita perayaannya yakni hai raya qorban.(alhamdulillah, sem ni ana cuti 3 minggu hee,bleh buat & join bnyak program hehe)

kisah seorang hamba

setelah hampir 2o tahun hidup dimuka bumi ini, baru-baru ini ana merasakan betul3 sedar tentang Maha Pengasihnya Allah. bukanlah maksud ana selama ni ana tak pernah sedar,tapi mungkin kesedaran itu masih mempunyai "barrier"..hurm..ye "hati & nafsu barrier"(mungkin banyak sangat dosa) jika dulu,bila cerita tentang cinta pastinya kita merasakan indahnya cinta tu.ala mcm cite mohabatein tu(ni zaman3 dlu nye story)ana pun tak follow dah skrg insyaAllah.

Tapi,kisah y ingin ana cerita ni, kisah seorang hamba yang hina ni,Abdillah..Abdillah sangat sayang pada kawan die sorang ni..& die perasan perasaan cinta tu bukanlah sebab die nak sangat kat kawan die ni sampai boleh timbulkan fitnah,cume die rase macam ade sesuatu yang die nak buat,tapi,dia xtahu apa. pada waktu tu, Abdillah baru je nk betul3 terlanggar dengan hidayah Allah,& rasa sangat dekatlah dengan Allah. pada suatu masa, die dah xendah sangat dah kat kawan die ni..sebab mase tu die bru rasa bahgia sangat hubungan antara hamba & pencipta. Sampaikan kawan die ni tegur pun die wat tak endahje(walaupun sebenrnya die nk ckap) .Tapi, hukum Allah membataskan perasaan die waktu tu. die buntu. sampai 1 hari,die mula belajar tentang sesuatu,yakni hubungan denagn manusia.die dah sedar, hubungan antara manusia & Allah jugak perlu dijaga. die tersedar,ada hak2 manusia y dah die tinggalkan. jadi, pd waktu tu die cuba untuk baiki keadaan,die cuba berhubung balik dgn kawan lama die tu. mase tu, die cuba pertimbangkan balik keputusan y pernah die cakap kat kawan die tu & yakin dapat betulkan blik keadaan & ajak kawan die tu utk kembali kejalan Allah, untuk berkongsi kasih dengan Allah.
suatu hari, die cuba "contact" dgn kawan die tu..& kawan die pula masih membalas dgn baik,spt dlu.disitu, timbul 1 keyakinan bahwa die boleh mngajak kawan die untuk rasa cinta Allah lebih dekat(walaupun sbenarnya forbidden if salah step).memandang kawan die ni seorang y baik hati,kawan die ni dengarlah hujjah3 si Abdillah ni.& dengan itu buatkan abdillah bertambah yakin & sayang kat kawan die ni.die nak sangat kawan die ni tahu ape y dah buat die berubah.
tapi, rupanye kawan die ni still tak,faham. tp, abdillah still x give up,die cuba utk fahamkan, da mcm3 cara dah die buat, dah mcm3 ayat dah die susun,& dah smpai 1 tahap die pernah hilag kawalan hidup. tp, nak katenye, forbidden nye cara Abdillah ni,& x logiknye care die nk smpaikan hujjah tu.akhirnya, Allah tunjukkan jalan, Allah tunjukkan bukti y kawan tu da dapat kawan baru y mungkin lebih dipercayai(sbb kawan die pernah cerita pasal kawan tu). pada mase tu, abdilllah dah sedar dah,Allah sngt sayangkn die dengan tunjukkan bukti tu, Abdillah x marah pun kat kawan die ni, cume kecewa sikitla,sebab die terletakkan harapan y tinggi kat kawan y sangat di kasihi ni.."huhu sedih woo" <-- abdillah kate, ana x kate)

hampir setahun lebih die xleyh lupe kat kawan die ni & die rase susah kot nk lupe,sbb if kawan die mintak tolong ke, mintak pendpat ke die cube nk tolong,sbb die nk kawan die ni balik ke jalan Allah,bukan balik kepada die(kalau die ckp utk balik kat die tu alasan je).sakit hati die bila tengok kawan die mcm tu, kadang2 risau. rsa mcm nk je suruh kawan die tu hari2 iktikaf kat masjid.namun apakan daya,die pun jarang wat.tambahan pula,die xmo jd org ke-3.hurm nak katenye,hebatlah perasaan sayang tu bila kite nk bawak seseorg tu pada jalan Allah. sanggup wat ape saja..

then one day, Abdillah duduk muhasabah diri,die terfikir

"if aku sayang kat seseorg,aku xsuke orang tu wat benda yang aku x suke,xdengar cakap aku,sakit je hati,tapi pelik,aku xboleh pun nak marah,tp sebaliknya, aku boleh lagi cakap baik2 dgn die, dgn org skeliling die,nasihat die, xpernah nk marah bile die nk ckp ngn aku.hurm..tapi, knplah aku ni tak pandai sangat, knapa aku ni x sedar3..Allah tu lg syngkn aku dri aku syg kat die, Allah bgi aku rezeki, Allah bgi aku perasaan sayang,cube aku imagine,if aku wat maksiat iaitu perkara yang paling Allah x suke, Allah xpernah marah,tapi Allah tunjukkan jalan keluar dari maksiat tu, Allah bg lagi nikmat DIA,xpernah lg Allah uji aku mcm Siti Hajar,bile aku sedih pasal hal kawan aku,xde sape y lg baik mendengar selain Allah,bila aku nangis Allah pujuk aku,ya Allah malunye aku....xlayaknya aku diperlakukan mcm tu,siapa aku?, Allah sempurna,Allah ada segala-segalanya,tapi, Allah xpernah kurangkan nikmat& kasih sayang-NYA"

seterusnya,ape dah jadi kat hamba Allah ni? alhamdulillah die smakin sedar..

die cakap mcam ni:-

"hiduplah kite untuk meberi sebanyak-banyaknya,bukan menerima sebanyak-banyaknya"
"cintailah seseorang seadanya,kelak die akan menjadi orang yaling kita benci,bencilah seseorang seadanya,bimbang dialah org yang pling kita cintai"
"Allah itu sifatnya penyayang & lebih cemburu dari kita,maka Allah tidak suka kita melebihkan sesuatu selain dari-Nya,lebih lagi nafsu & bisikan syaitan"
"cintailah saudara kita seperti mana kita mencintai diri kita,hargailah diri kita kerana kita akan pulang bertemu-Nya"
"jauhi maksiat,dekati al-Quran"
"perbanyaklah mengingati mati & menghitung diri,kelak ia kan memudahkan hisab mu diakhirat kelak"
"cinta & sayangilah Allah ,Rasul,ibu bapa & keluarga mu sesungguhnya"

'tiada CINTA AGUNG,selain CINTA-NYA"
"DIALAH y TERAKHIR"
"Allah sangat MENCINTAI kita"
"HARGAILAH cinta itu kerana ia kekal selamanya"

konklusi

benarlah cinta akan buat kita buta,tapi Cinta Allah petunjuk cahaya yang menerangi kita hingga ke syurga. mungkin kalian biasa shj dengar kisah3 diatas,tp sekali lg ana ingin ingtkan, bukan watak,jalan cerita & endingnya y menjadi penghayatan,ttp iktibar & pengajaran buat kita y selalu lupa. akhir kalam marilah kita bina & pupuk cinta kita kepada Allah dengan bertaubat sebanyak & seikhlasnya,kerana Allah akan membalasnya dengan seluas magnfirah.

"daging hewan korban & darahnya itu sekali-kali tidak akn sampai kpd Allah,ttp yang sampa kpd-Nya adalah keTAQWAan mu.Demikianlah Dia menundukkanya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang telah diberikan kpdmu.Dan sampaikan kabar gembira kpd org2 y bebuat buaik"(al-Hajj:37)

p/s:kisah ke-3 tiada kene mengene dgn ssiapa samada masih hidup atau tlah meninggalkan dunia,jika ada persamaan,hal itu telah dttpkan Allah utk menjdiknnya 1 pengajaran untk semua.
insyaAllah utk seterusnya ana akan sambung dengan kisah perjalanan umrah y lepas.insyaAllah..



selamat hari raya Qorban semua ;)




Jumaat, 22 Oktober 2010

kematian Qalbu

(alm) Ust. Rahmat Abdullah

Kematian Hati

[pol]Banyak orang tertawa tanpa (mau) menyadari sang maut sedang mengintainya.

Banyak orang cepat datang ke shaf shalat layaknya orang yang amat merindukan kekasih. Sayang ternyata ia datang tergesa-gesa hanya agar dapat segera pergi.

Seperti penagih hutang yang kejam ia perlakukan Tuhannya. Ada yang datang sekedar memenuhi tugas rutin mesin agama. Dingin, kering dan hampa, tanpa penghayatan. Hilang tak dicari, ada tak disyukuri.

Dari jahil engkau disuruh berilmu dan tak ada idzin untuk berhenti hanya pada ilmu. Engkau dituntut beramal dengan ilmu yang ALLAH berikan. Tanpa itu alangkah besar kemurkaan ALLAH atasmu.

Tersanjungkah engkau yang pandai bercakap tentang keheningan senyap ditingkah rintih istighfar, kecupak air wudlu di dingin malam, lapar perut karena shiam atau kedalaman munajat dalam rakaat-rakaat panjang.

Tersanjungkah engkau dengan licin lidahmu bertutur, sementara dalam hatimu tak ada apa-apa. Kau kunyah mitos pemberian masyarakat dan sangka baik orang-orang berhati jernih, bahwa engkau adalah seorang saleh, alim, abid lagi mujahid, lalu puas meyakini itu tanpa rasa ngeri.

Asshiddiq Abu Bakar Ra. selalu gemetar saat dipuji orang. "Ya ALLAH, jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau hukum aku karena ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidaktahuan mereka", ucapnya lirih.

Ada orang bekerja keras dengan mengorbankan begitu banyak harta dan dana, lalu ia lupakan semua itu dan tak pernah mengenangnya lagi. Ada orang beramal besar dan selalu mengingat-ingatnya, bahkan sebagian menyebut-nyebutnya. Ada orang beramal sedikit dan mengklaim amalnya sangat banyak. Dan ada orang yang sama sekali tak pernah beramal, lalu merasa banyak amal dan menyalahkan orang yang beramal, karena kekurangan atau ketidaksesuaian amal mereka dengan lamunan pribadinya, atau tidak mau kalah dan tertinggal di belakang para pejuang. Mereka telah menukar kerja dengan kata.
Dimana kau letakkan dirimu?
Saat kecil, engkau begitu takut gelap, suara dan segala yang asing. Begitu kerap engkau bergetar dan takut.

Sesudah pengalaman dan ilmu makin bertambah, engkaupun berani tampil di depan seorang kaisar tanpa rasa gentar. Semua sudah jadi biasa, tanpa rasa.
Telah berapa hari engkau hidup dalam lumpur yang membunuh hatimu sehingga getarannya tak terasa lagi saat ma'siat menggodamu dan engkau meni'matinya?

Malam-malam berharga berlalu tanpa satu rakaatpun kau kerjakan. Usia berkurang banyak tanpa jenjang kedewasaan ruhani meninggi. Rasa malu kepada ALLAH, dimana kau kubur dia ?

Di luar sana rasa malu tak punya harga. Mereka jual diri secara terbuka lewat layar kaca, sampul majalah atau bahkan melalui penawaran langsung. Ini potret negerimu : 228.000 remaja mengidap putau. Dari 1500 responden usia SMP & SMU, 25 % mengaku telah berzina dan hampir separohnya setuju remaja berhubungan seks di luar nikah asal jangan dengan perkosaan. Mungkin engkau mulai berfikir "Jamaklah, bila aku main mata dengan aktifis perempuan bila engkau laki-laki atau sebaliknya di celah-celah rapat atau berdialog dalam jarak sangat dekat atau bertelepon dengan menambah waktu yang tak kauperlukan sekedar melepas kejenuhan dengan canda jarak jauh" Betapa jamaknya 'dosa kecil' itu dalam hatimu.

Kemana getarannya yang gelisah dan terluka dulu, saat "TV Thaghut" menyiarkan segala "kesombongan jahiliyah dan maksiat"?

Saat engkau muntah melihat laki-laki (banci) berpakaian perempuan, karena kau sangat mendukung ustadzmu yang mengatakan " Jika ALLAH melaknat laki-laki berbusana perempuan dan perempuan berpakaian laki-laki, apa tertawa riang menonton akting mereka tidak dilaknat ?"
Ataukah taqwa berlaku saat berkumpul bersama, lalu yang berteriak paling lantang "Ini tidak islami" berarti ia paling islami, sesudah itu urusan tinggallah antara engkau dengan dirimu, tak ada ALLAH disana?
Sekarang kau telah jadi kader hebat.
Tidak lagi malu-malu tampil.

Justeru engkau akan dihadang tantangan: sangat malu untuk menahan tanganmu dari jabatan tangan lembut lawan jenismu yang muda dan segar. Hati yang berbunga-bunga didepan ribuan massa.

Semua gerak harus ditakar dan jadilah pertimbanganmu tergadai pada kesukaan atau kebencian orang, walaupun harus mengorbankan nilai terbaik yang kau miliki. Lupakah engkau, jika bidikanmu ke sasaran tembak meleset 1 milimeter, maka pada jarak 300 meter dia tidak melenceng 1 milimeter lagi ? Begitu jauhnya inhiraf di kalangan awam, sedikit banyak karena para elitenya telah salah melangkah lebih dulu.

Siapa yang mau menghormati ummat yang "kiayi"nya membayar beberapa ratus ribu kepada seorang perempuan yang beberapa menit sebelumnya ia setubuhi di sebuah kamar hotel berbintang, lalu dengan enteng mengatakan "Itu maharku, ALLAH waliku dan malaikat itu saksiku" dan sesudah itu segalanya selesai, berlalu tanpa rasa bersalah?

Siapa yang akan memandang ummat yang da'inya berpose lekat dengan seorang perempuan muda artis penyanyi lalu mengatakan "Ini anakku, karena kedudukan guru dalam Islam adalah ayah, bahkan lebih dekat daripada ayah kandung dan ayah mertua" Akankah engkau juga menambah barisan kebingungan ummat lalu mendaftar diri sebagai 'alimullisan (alim di lidah)? Apa kau fikir sesudah semua kedangkalan ini kau masih aman dari kemungkinan jatuh ke lembah yang sama?

Apa beda seorang remaja yang menzinai teman sekolahnya dengan seorang alim yang merayu rekan perempuan dalam aktifitas da'wahnya? Akankah kau andalkan penghormatan masyarakat awam karena statusmu lalu kau serang maksiat mereka yang semakin tersudut oleh retorikamu yang menyihir ? Bila demikian, koruptor macam apa engkau ini? Pernah kau lihat sepasang mami dan papi dengan anak remaja mereka.
Tengoklah langkah mereka di mal. Betapa besar sumbangan mereka kepada modernisasi dengan banyak-banyak mengkonsumsi produk junk food, semata-mata karena nuansa "westernnya" . Engkau akan menjadi faqih pendebat yang tangguh saat engkau tenggak minuman halal itu, dengan perasaan "lihatlah, betapa Amerikanya aku".
Memang, soalnya bukan Amerika atau bukan Amerika, melainkan apakah engkau punya harga diri.
Mahatma Ghandi memimpin perjuangan dengan memakai tenunan bangsa sendiri atau terompah lokal yang tak bermerk. Namun setiap ia menoleh ke kanan, maka 300 juta rakyat India menoleh ke kanan. Bila ia tidur di rel kereta api, maka 300 juta rakyat India akan ikut tidur disana.

Kini datang "pemimpin" ummat, ingin mengatrol harga diri dan gengsi ummat dengan pameran mobil, rumah mewah, "toko emas berjalan" dan segudang asesori. Saat fatwa digenderangkan, telinga ummat telah tuli oleh dentam berita tentang hiruk pikuk pesta dunia yang engkau ikut mabuk disana. "Engkau adalah penyanyi bayaranku dengan uang yang kukumpulkan susah payah. Bila aku bosan aku bisa panggil penyanyi lain yang kicaunya lebih memenuhi seleraku

Khamis, 21 Oktober 2010

Iman..tolong jaga saya,insyaAllah saya jaga kamu..


Dengan nama Allah,
ar-Rahman,ar-Raheem..

"tank petrol kosong kita isi dengan minyak"
"perut kita kosong kita isi dengan makanan"
"jiwa kita kosong kita isi dengan apa??...
I.M.A.N

Senang sungguh kita berteorikan kata2, tapi praktikalnya 0..sdih3x ;''(.
Bila imbau balik zaman jatuh cinta dengan iman, manisnya rasa hidup bertuhan.
kemana-mana pun jadi kuat kerana iman, sanggup tinggal & ditinggalkan sebab apa?
sebab baru dapat rasa "halawatul iman" & xhairan dah "halawa tepi jalan"..
hari-hari rasa bangga sebab jalan seiringan dengan iman, bila dengan iman
hati x kosong,Allah pun suka..mulut x habis-habis memuji,segala kata-kata cinta diluah
xkira masa xkira tempat..indahnya iman saat ia didalam dada..setiap hari x lokek bertanya
khabar tentangnya & bimbang"apa khabar iman hari ini?..sihat kah dia?bimbang jika
iman disakiti ataupun merajuk pergi..

aku bermonolog dalaman
"alangkah bahagianya jika aku dapat melihat iman waktu itu,
tentu keadaannya segak & gagah ,tersenyum & bahagia melihat aku,
mengenakan pakaian yang putih bersih & sentiasa menemani aku,
dikala diriku bersama Rabb, imanlah pendamping setia,dialah mencurahkan
haruman & menyanggulkan bunga takwa kepada ku,mengenakan mahkota
ikhlas untuk aku bersujud merendah dihadapan Allah s.w.t,
dikeheningan malam,iman sentiasa membuatku resah untuk tidur,
tapi berjaya buatku tenang setelah kembali menangisi dosa-dosaku,
bertapa sayangnya iman padaku,bertapa lembut & manjanya iman padaku,
sungguh penyayang iman waktu itu menjaga & melindungi ku,menghiasi peribadiku..

kini setelah tertitik satu tompok hitam,hatiku kelabu & kian kelabu..
aku bermonolog lagi,
"iman..dimana iman, kenapa iman x teman saya lagi?..kenapa saya selalu resah?
iman..iman xsayang saya lagi? iman kata nak teman saya lagi..namu tiada jawapan
yang aku dengar..tapi, tiba2 hati aku diketuk.."tuk,tuk,tuk.."aku tersentap
aku terpana terlihat sesuatu yang sangat menyayat hati..terlihat aku akan iman
yang sudah lama tidak bersama,yang menghilang disaat aku ditemani hawa nafsu,
Iman datang kepadaku, kali ini ia menangis,keadaan sudah tidak seperti dulu,
kusut, masai,kurus ..pakaiannya compang-camping..aku resah..lalu bertanya
kenapakah denganmu iman? siapa yang melakukan ini padamu?iman tunduk &sedih
bicaranya bisu..lalu aku memaksa, "iman ceritakan padaku"aku memaksa..
dengan sayu iman memandang wajahku, iman meletakkan tanganku didadaku,
"tanyalah jiwamu siapakah yang telah menawan hatimu??dia atau aku"..
aku tertunduk malu,sedih & kesal..rupanya setitik tompok hitam sudah menguasai aku
ianya telah membesar dengan pantas seperti sel kanser yang telah mnyerap semua
kemanisan iman, mencampakkan iman keluar dari hati..yaAllah.h ighfirly..
kasihan iman..maafkan saya iman, saya tidak sempurna, saya dah menduakan kamu..
iman..saya masih sayangkan kamu..terimalah saya kembali..peliharalah saya kembali,
temani saya pada malam ini & seterusnya..tetaplah disini untuk selamanya..sy perlukan
kamu..iman..kaulah kunci cinta ku pada Allah& Rasulullah..izinkan aku untuk menyubur & menyemaimu kembali.."maafkan saya iman"..aku sudah sedar akulah yang menjadikan iman sebegitu rupa..akulah yang menjadi punca kekalahannya..sayuu..

Buat iman,
Iman jadilah pahlawan sejati itu kembali,agar sama-sama dapat kita tupaskan "dajjal" & angkatannya..supaya ruang kecil dihati ini dipenuhi dengan dirimu..kerna cinta kita akan bersatu atas redha Ilahi..kerna cita kita untuk membebaskan Aqsa & merealisasikan kata-kata Rasulullah pasti terlaksana andai kita kembali menyatu..kali ni jangan lepaskan ikatan ini ya..
genggam saya seerat-eratnya..jika saya jatuh,bangkitkan saya..bila saya dah mati..minta tolong bawakan amal terbaik& temankan saya ya..semoga Allah merahmati kita..

P/s: iman nanti tolong jaga ana ya,insyaAllah ana akan jaga kamu :)


cinta ku selepas Rasulullah(kasih ibu)

Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...

Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...

Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...

Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...

Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...

Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...

Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...

Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...

Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...

Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...

Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...

Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...

Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...

Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...

Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...

Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...

Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...

Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...

Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

p/s:crite ni tiada kaitan dengan ana just copy paste je dari I love islam..

"mama walaupun kite jauh & jarang "sharing"..tp piqa always rindu mama..if mama pernah suruh adik tolong bukakkn blog ni..piqa harap mama lebih faham keadaan piqa kat sini..syang mama always :*"

saya sayang ayah


lagu ni cukup menggambarkan kisah kita ber-2 sejak sy dilahirkan,dibesarkan hingga kini..
sayang ayah foreva ;*

p/s: rindu nak "sharing" ngan ayah ag ;")

Sabtu, 2 Oktober 2010

Health Benefits of Saying "Alhamdulillah"

By Karima Burns

www.islamonline.net

There are many examples in the Qur'an and Hadith of the virtues of a positive mental attitude, perseverance and optimism in the face of adversity. However, did you know that patience and a positive outlook on life are two of the greatest healing tools that you can use?

The Qur'an (2:156) says, "Give glad tidings to those who exercise patience when struck with adversity and say, 'Indeed, we belong to God and to Him is our return.' Such ones receive [the] blessings and mercy of their Lord, and such are the guided ones." According to the findings of modern science, it appears that this mercy may often come in the form of improved health.

Bernard Jensen says, in his book
The Science and Practice of Iridology, "The doctor of the new day will recognize that a man's most important workshop is not the physical body, but the mind that controls it." Dr. Ted M. Morter confirms this in his book, Your Health... Your Choice, when he says that "negative thoughts are the number one acid producer in the body (and high body acidity levels are a major cause of disease)… because your body reacts to negative mental and emotional stress brought about by thought the same way it reacts to 'real' threats of physical harm."

In fact, hospital studies show that, of all the patients who consult outpatient clinical facilities in the United States, an astounding seventy percent are found to have no organic basis for their complaint. That figure is amazingly high. However, although medically these patients are not found to have an obvious organic source for their complaints, there actually is a physical basis for this phenomenon. Since Freud popularized the idea of psychoanalysis, people have often focused exclusively on the mental realm to solve certain problems, forgetting that we cannot separate the physical and mental realms. The mind is in the brain, and the brain is an organ. Like all other organs, it feeds from the same pool of nutrients that other body organs feed from and is susceptible to all of the same problems. Ultimately, the brain is just a part of our body like all of the other parts and is completely dependent on the body. It requires sugar to develop energy unlike other tissues that can develop it from potassium and fats. Consequently, it is the first organ to suffer from low blood sugar and it reacts most severely. Freud himself said that psychoanalysis was not suitable for treating diseases such as schizophrenia, and he postulated that their causes eventually would be found to be biochemical.

If we keep in mind that the brain is an organ and that it works in harmony with the other organs and feeds from the same bloodstream, we can understand how various mental events can affect us physically. For example, simply using our brains to think and study burns up nutrients in our system, particularly phosphorus. Heavily exercising the brain can cause us to suffer from a phosphorus deficiency. And we find that the reverse is also true in this relationship. People who have high intellectual capacity usually have high levels of phosphorus in their system.

There is much wisdom in the Prophet's (SAW) statement (narrated by Abu Huraira), "The strong [person] is not the one who overcomes the people by his strength, but the strong [person] is the one who controls himself while in anger." In fact, staying patient and calm is key to physical strength.

Phosphorus is not the only nutrient that can be depleted by mental stress and a lack of spiritual calm. If the thyroid gland, the primary organ to handle our emotions, works overtime, we can suffer from a deficiency in iodine. Stress from a demanding job, a divorce or relocating can cause a loss of potassium and sodium in the body because it effects the adrenal glands creating more of a need for these minerals.

Even hypoglycemia (low blood sugar) can be caused by excitement. The prophet (SAW) recommended our taking the more moderate path in life; however, we often engage in or expose ourselves to intense excitement by yelling, excessively watching television, and going to the mall, movies, parties, amusement parks, etc. When we see something exciting, our adrenal cortex is stimulated and there is an increase in our blood sugar. This, in turn, stimulates the pancreas to secrete insulin into the blood to lower the sugar level, causing us to then feel tired or weak.

It produces calm and health to practice saying, "Alhamdulillah" for what we have and for what we are faced with. We should try to keep our home and work environments peaceful and as free from stress as possible. One way we can counteract the effects of stress are to simply be aware of the stress we are encountering, and to consume sufficient nutrients and supplements such as herbs.

For instance, if a person is up late praying or reading Qur'an during Ramadan, they can eat phosphorus rich foods and those that will help them maintain their phosphorus intake. If a person is moving, traveling or making Hajj or Umra, they may want to increase their intake of foods high in potassium and sodium as well as vitamin B complex.

If we completely ignore the relationship between mental and physical health, we are missing an important detail in the picture of personal health. And, as in most health problems, practicing prevention is superior to finding a cure. Therefore, the best manner to avoid having negative attitudes and emotions control our bodies is simply to practice the wisdoms that we have been given throughout the Qur'an and Hadith. We should say, "Alhamdullilah" for what we have; "Insha'Allah" for what we intend; and, "Subhana' Allah" when we see something exciting or amazing. We should remember to say, Astaghfir'Allah" when we lose our tempers or become weak, and most importantly, "Allahu Akbar" when we are faced with the challenges of life. These five phrases, said regularly, are like taking a multi-vitamin for holistic health.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Refleksi komplikasi hawa.(disebalik kelembutan ada kekuatan)


Dengan nama Allah yang Maha pengasih Maha penyayang.


Lama sudah ana tak menulis/post entry untuk blog yang makin bersawang ni.MyEm0.Com.
Tapi alhamdulillah, akhirnya timbul satu perasaan untuk kembali berkongsi bersama antum. Insya Allah ini adalah post pertama ana setelah sekembalinya ana dari tanah suci dua kota haramain, kota madina & Kota Mekah. Namun, apa yang ingin ana kongsi disini bukanlah tentang kisah pengalaman ana disana, 'asbab'nya ana akan menceritakan pengalaman tersebut pada entry yang lain & setelah ana dapat melengkapkn maklumat yang betul dari sahabat rombongan.

Jadinya, apalah ya yang nak ana kongsikan kali ni?..jom baca

WOMEN ARE COMPLICATED

yup, it's true..wanita memang "complicated", kami susah diramal. Ada benarnya kata-kata kaum Adam bahawasanya kami memang sukar difahami. Ada yang kata
"peliknya orang perempuan ni, bila orang nak tolong selesaikan masalah, tapi masih tak puas hati, adeh..macam mana ini olang?".MyEm0.Com
Tapi, kadang2 tak semestinya kaum Adam yang kurang faham, boleh jadi sahabat sendiri pun pening nak tolong selesaikan masalah mereka kerana cerita masalah mereka kadang-kadang berkias walaupun sebenarnya mudah je masalahtu, sebab masalah yang sama, cuma mungkin situasi bebeza(maybe on psychology side).(but sometimes variety juga problem kami ni). Lucukan wanita ni, tapi hakikatnya itulah kami.

COMPLICATED VS SIMPLE.

Wahai kaum Adam jangan ingat yang "simple" itu kamu. Apa yang ana nak ajak antum befikir bahawa, Allah itu adil, Allah takkan memberatkan sesuatu tanpa memberi keringanan kepada kita.Begitulah wanita, mudah tak Allah menciptakan Hawa?.tentulah bagi Allah mudah, tambahan pula, asal kejadian kami adalah dari tulang rusuk kamu,yang tidaklah lurus. Baiklah berbalik kepada poin "complicated" kenapa Allah menciptakan kaum Hawa ni begitu tentu juga untuk memudahkan yang sukar. sedarlah, kami diciptakan untuk memudahkan antum. Kenapa pula?..yup, it's true..cuba kita hayati firman Allah dalam surah (ar-Rum:21)

"dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu merasa cenderung & merasa tenteram kpdnya, & dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih & sayang.sesungguhny pada itu terdapat tanda-tanda bagi org y berfikir"(30:21)

Naaah, cuba hayati ayat yang ana highlightkan, bukankah benar antum akan merasa cenderung & tenteram melihat kami?(poin ini lebih tertuju kepada isteri ya). Ana meletakkan firman Allah tersebut "perfect'" sebab memang benar bukan?bila antum serabut ,sedih takut, ana rasa kalau yang sudah "bina masjid" mungkin lebih faham. Tapi, buat yang belum tentulah antum akan terus mencari ummi antum bukan? sehinggakan antum menggelarkan "ummi" antum ratu hati antum. cuba antum perhatikan ummi antum, masa antum kecil sampai 'la ni' bila bilik antum bersepah, siapa yang kemas? bila ayah antum ada masalah, siapa yang tenangkan? ummi antum bukan? jadi, hormatilah ibu antum & seangkatan dengannya.MyEm0.ComSelain pada tu, kenapa mudah? bila antum terlihat wanita, semestinya perasaan suka akan wujud, jadi untuk membendung diri dari maksiat, antum perlu berkahwin, & itu lebih dapat menundukkan pandangan & menjaga kemaluan. Mudah bukan?(walaupun kadang2 nak kahwin ni ada cabarannya)

WE DON'T NEED SOLUTION.

'mesyi', as a woman not yet a girl or not yet a woman yet a girl, jawapan kepada kenapa kami tak memerlukan solusi antum adalah sebab kami memerlukan pendengar yang baik. Kami lebih suka diberikan perhatian & kasih sayang. Jiwa kami lembut, kami diciptakan untuk merasakan kasih sayang & dilindungi, hanya itu yang kami inginkan disebalik kesukaran yang kami hadapi. Antum arifkan yang kami ni cerewet? Kami nak semuanya sempurna, tetapi kenapa kami inginkan sedemikian? hal yang demikian bukanlah untuk kami semata-mata, tetapi untuk antum juga.Cuba antum perhatikan, kenapa kami semua nak cantik, sebab antum sukakan kecantikan .Kenapa kami cerewet, sebab antum sukakan kesempurnaan. Kenapa kami malu? kerana ingin menjaga diri kami untuk antum, namun kepada wanita solehah semua ini adalah kerana AllahCantik,cerewet,manja,& malu kami hanya untuk yang sah kepada kami. Itulah yang sewajarnya.

WOMEN ARE FROM MEDINA,MEN ARE FROM MECCA.

why i said so?.ok, berdasarkan pengalaman ana ditanah suci bulan lepas apa yang ana perhatikan terdapat satu konsep tarikan unik tentang nisa' & rijal. Cuba kita imbau kembali lembaran sejaran peristiwa hijrah, kaum muhajirin adalah yang datangnya dari mekah,& kaum ansar adalah dari madinah. Cuba perhatikan layanan kaum ansar terhadap kaum muhajrin,sangat istimewa, mereka sanggup menyerahkan segala-galanya untuk kaum muhajirin demi Allah azza wajjalla. so, refleks kepada kaum wanita, kami mungkin boleh dianggap seperti ansar & muhajirin adalah lelaki, asbabnya, lelakilah yang mendatangi kaum wanita untuk dinikahi, untuk berkongsi hidup & menjadikan wanita sayap kiri perjuangannya di jalan Allah. Kami mungkin seperti ansar yang sehabis mungkin menyerahkan segalanya kepada antum jika sudah halal bagi antum.Ketahuilah, wanita itu lemah & mungkin tidak sehebat rijal dimedan perang, tetapi menjadi wanita & isteri solehah adalah antara jihad kami. Menjadi ibu kepada generasi cetakan al-Quran adalah impian kami, disitulah kami tanamkan kekuatan kami. Disebalik kelembutan kami, boleh terlahirlah seorang mujahid, disebalik airmata kami,bergantilah dengan titisan keringat para syahideen. Jangan lihat kami hanya di balik kebengkokkan kami. Nilailah ciptaan Allah itu tidak sia-sia.Lihatlah lurusnya usaha kami. Namun, kami juga memerlukan antum untuk melindungi kami, janganlah antum merosakkan kami, mempermainkan nafsu & jiwa kami. Janganlah mendatangi kami selagi antum tak mampu berani berhadapan dengan penjaga kami.Janganlah memberi kami harapan palsu.Jiwa kami runtum dengan pujukan & rayuan walaupun zahirnya kelihatan muslimah. Buktikanlah keperwiraan antum.Buktikanlah Hanya lelaki yang hebat mampu menerima wanita yang hebat. seharusnya,jadilah perwira dalam menegakkan kalimat "la illaha Illallah Muhammad Rasul Allah"

REPENTANCE.

Antum semuanya,manusia itu tidak pernah terlepas dari dosa, kita lemah & sering lupa. Kita perlukan peringatan yang berulang-ulang supaya tidak terlepas dari perhatian Allah. Menurut sebuah hadits(ana tak mampu untuk membahaskannya,tetapi sekadar mengambil pengajaran)
..."wanita adalah fitnah dunia"..apa yang cuba dimaksudkan disini bukanlah semua wanita, tetapi hanyalah kepada wanita-wanita yang tidak menjaga dirinya, yang hilang nilai malunya, yang menyebabnya tersungkurlah jiwa-jiwa mujahid yang lemah jiwanya..janganlah antunna melemah lembutkan bicara kepada mereka,kerana antunna terlalu indah bagi mereka:-

"wahai isteri-isteri nabi! kamu tidak spt perempuan2 yang lain,jika kamu bertaqwa.Maka janganlah kamu tunduk( melemah lembutkn suara)dlm b'bicara shingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, & ucapkanlah perkataan yang baik(33;32)

Cubalah kita hayati firman Allah diatas & jadikan pedoman dalam diri kita. Letakkan "khauf & raja'(takut & harap) kita kepada Allah, bukan kepada lelaki. Mari kita sama-sama menjadi hamba yang bertaqwa. Untukmu musafir dunia sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Sebaik-baik pentunjuk dari tersesat adalah al-Quran & sunnah. kembalilah kepada rabb-Mu yang maha pengasih, at-tawwab,al-ghafur ,ar-Rahman & ar-Raheem.. janganlah berputus asa dari rahmat tuhanmu. Dia lah kekasih Agungmu,yang telah berfirman:-

"katakanlah,"wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa2 semuanya. sungguh,Dia maha pengampun ,Maha penyanyang"(39:53)

Itulah janji Allah kepada hambanya yang melampaui batas, subhanaAllah, sungguh Allah itu maha penerima taubat..

"Ya Allah ampuni dosa-dosa kami samada yang jelas atau tersembunyi..
yang sengaja atau tidak sengaja, yang terdahulu hingga kini. Bariskan kami dengan mereka yang berjuang mendapatkan redha-Mu. Bebaskan kami dari nafsu dunia yang membelenggu. Percikkanlah darah & keringat kami untuk melawan musuhmu. Alirkan tangisan kami untuk mensucikan diri kami kepada-Mu. Temukan malam-malam kami mengahadap-Mu didunia ini. Tiada nikmat teragung selain mati didalam kalimat asma'-Mu."

akhi wa akhawat sekalian, marilah kembali kepada keaslian. Timbulkan rasa malu kalian dari terus-terusan bermaksiat kepada Allah. Lelahlah dari terus bergelumang dengan kesenangan dunia, sungguh dunia itu penuh perhiasan yang menipu. Bicaralah dengan nafas kesegaran jiwa untuk menyampaikan peringatan kepada Allah. Jadilah kita nisa' wa rijal yang tidak ampuh kerna nafsu dunia. peliharalah diri kalian & keluarga kalian.buanglah ego didada kalian.Semoga kalian dirahmati Allah.


Demi siapa ini semua?

Nafas segar terbitnya mentari,
membasahkan keringat diperjalanan,
aku tahu diriku hamba,
siangku hamparan medan perjuangan,
dia ada dihadapan!
dia ada dibelakang!
oh, musuhku memang durjana!

malamku permaidani kesufian,
menghisab kekesalan sering lalu,
mengharap maghfirah firman-MU,
dengan jiwa yang membungkam,
aku daif tanpa petunjuk-Mu,
aku ingin berjuang kerana-Mu,

aku ingin seperti mereka,
para bidadari surga,
siti khadijah, pendamping setia Rasul-Mu,
Sumayah, darahnya tertumpah kerna-Mu,
namun aku insan biasa,
juga ingin menjadi shuhada',
andai diberikan aku satu waktu,
ingin aku terus menerkam musuh mu,
memotong,menghiris & membunuh,
jiwa-jiwa yang alpa kepada-Mu,
melahirkan ummat yang dibanggakan
Rasullullah,
dan jika aku membunuh juga terbunuh,
lalu aku menghadapMu & Engkau bertanya kepada aku,
"demi siapa ini semua?"
dengan merendah aku menjawab,
Untuk-Mu..


Akhirul kalam, kepada antum semua , apa yang ana catatkan bukanlah untuk mengingatkan antum semata-mata, tetapi lebih suka ana dahulukan untuk nasihati diri ini, andai kata ada yang tersalah, mohon beri teguran ya. Mungkin, post kali kelihatan lain sedikit dari yang sebelumnya.
Tetapi harapan dari ana semoga kita sama-sama mengambil imbrah nya ya..MyEm0.Com..


syukron jazkillah..