Ahad, 30 Ogos 2009

pesanan buat diriku juga..

Ratuku...
Inginku luahkan,
Apa yang sudah lama inginku luahkan,
Tentang kebimbanganku ini,
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran,
Di petik tangan-tangan yang ganas,
Lagi bernafsu serakah.
Ratuku...Kebimbanganku ini masih menebal,
Apabila ku dengar,
Dengungan kumbang perosak,
Yang cuba menyedut madumu, Walau tanpa relamu.
Ratuku...
Kebimbanganku bertambah lagi,
Bila ku melihat, Bunga yang tidak segan silu,
Melampiaskan kecantikannya,
Ketika sedang mekar, Melupakan kuntuman,
Yang sebelum ini melindunginya.
Ratuku...
Aku masih terpinga-pinga,
Masih wujudkah lagi,
Ratu idaman hatiku,
Kerana apa yang aku lihat hari ini,
Semakin banyak bunga-bunga gugur,
Bagaikan tibanya musim luruh.
Ratuku...
Bukanlahku harap,
Kau segigih Siti Hajar,
Yang berlari-lari,
Antara Safa dan Marwah,
Bukan juga sesetia Ainul Mardiah,
Yang menanti kekasihnya di pintu Syurga.
Ratuku... Akuilah hakikat yang tersurat,
Engkau bukanlah Siti Khadijah,
Mahupun Siti Fatimah,
Engkau bukan Aishah,
Bukan juga Rabiatul Adawiyah,
Wanita suci terpuji,
Kerana aku tidak layak,
Berharap sedemikian rupa.
Cukuplah sekadar,
Kau cuba mencontohi,
Bunga-bunga itu,
Kembang mekar mewangi,
Sehingga harumannya,
Melewati pintu-pintu Syurga.
Jangan kau risau ratuku,
Kadang kala musim berganti,
Sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar,
Tapi itu, Hanya ujian buatmu.
Ratuku...
Esok musim bunga pasti akan tiba,
Dan kau akan mampu berkembang lagi,
Cuma yang ku harapkan ketika itu,
Kau jaga kelopakmu itu,
Jangan sampai tangan-tangan kasar,
Memetik mu lagi.
Jangan goda kumbang-kumbang ganas,
Menghisap madumu,
Jangan biarkan,
Gagak-gagak hitam itu,
Merosakkan serimu,
Kerana kau RATU IDAMAN KALBU.
Ratuku.. Aku bukanlah memandang kecantikanmu,
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya.
Tapi bukan itu yang ku harapkan,
Aku yakin ratuku,
Masih ada sinar harapan, Y
ang membuatku tersenyum lega,
Kerana akan ku temui,
RATU yang benar-benar RATU..

Kisah bunga & lebah



“yes,i love you!! I do!! But..

Persoalan yang membuatkan bunga keliru. Bunga tahu ungkapan itu tak seharusnya diucapkan
apatah lagi oleh ciptaan yang diciptakan oleh Allah yang Maha kuasa dan diungkapkan juga
bukan kepada pencipta tetapi sang lebah. Dimanakah terletaknya iman ketika itu?,dimanakah
kemanisan pada bunga itu?adakah sudah hilang dek kerana menyerahkannya kepada sang
lebah?.
Persoalan yang belum terjawab .

Namun, bunga tak akan menyerah begitu kepada sang lebah kerana bunga sedar Allah lebih
layak dan lebah itu bukanlah lebah pilihan. Lebah itu lemah, lebah itu tak mampu menjaga
kemanisan madu yang ada pada bunga yang lain.
Sang lebah hanyalah keliru diantara kemahuan nafsu atau kemahuan sang bunga tentang
TUJUAN HIDUP apabila bunga telah sedar.
Berkata si bunga pada sang lebah..”lebah,adakah kamu yakin aku ini bunga yang baik untuk
mu?”adakah aku menjadi pilihanmu atas dasar nafsu atau keinginan mu untuk sama-sama
menjaga madu yang dikurniakan kepada ku dan kamu?
‘’hai bunga persoalanmu itu pelik,kau terlalu berfikir ,kini kamu pula yang membuatkan ku keliru’’..sang lebah mengeluh

‘’aku tidak berniat untuk membuatmu keliru tetapi aku terfikir tentang tujuan hidup,apakah sebenarnya tujuan hidup kita?kenapa kita diciptakan?..kata si bunga.

“bunga aku tak pasti,Cuma aku merasakan bahawa aku sayangkan kamu & ingin bahagia bersamamu,itu antara tujuan hidupku”..jelas sang lebah

“sungguh,sungguh jawapanmu tidak memuaskan hatiku”rungut bunga

“semalam aku terdengar seorang manusia membacakan firman Allah dalam al-Quran (2: 30),ayat itu menerangkan tentang tujuan hidup,iaitu menjadi khalifah dimuka bumi”..

“Ah, lupakanlah semua itu,itu bukannya tugas kita,itu tugas manusia,kita ini hanyalah ciptaan yang dijadikan untuk hidup dan berbakti pada mereka”tegas lebah..

“tetapi kenapa aku lihat mereka itu lalai dan lupa sedang Allah menciptakan mereka dengan pelbagai keistimewaan,tidak seperti kita”..kata bunga

“tetapi bunga kini kau telah membuatkanku tersedar bahawa aku juga makin lalai,sebagai serangga aku haruslah berzikir dan memuji-muji Allah,tetapi aku lalai dengan bunga-bunga”..kesal lebah.

“oh bunga, kamu telah menyedarkan aku,maafkan aku kerana aku tidak layak untukmu,tuhan telah memberi petunjuk kepadaku melalui mu,jagalah dirimu hai bunga kerana kau telah diangkat seindah-indahnya untuk sang pencipta,maafkan aku keran pernah tidak berlaku jujur padamu,hanya lebah yang benar-benar jujur ,layak umtukmu,maafkan aku”..akur sang lebah..

Akhirnya lebah mengundur diri dan membiarkan bunga hidup menikmati cinta yang lebih indah,kerana cinta yang lain turut mengiringi cinta yang satu itu..

Wahai lebah,kita belum terlewat marilah kita sama-sama kembali kepada Allah, Aku juga seperti mu pernah bergelimang dosa,tetapi dengan cinta sang pencipta aku sedar,janganlah kau berputus asa dari rahmat-NYA,pupuklah semangat perjuangan mu untuk DIA kerana tanpa-Nya kehidupan kita terumbang –ambing”..nasihat bunga.

Itulah kata-kata akhir si bunga sebelum bunga layu kembali kepada sang pencinta, pencinta A’zim yang Maha indah..

Jumaat, 21 Ogos 2009

saat drkc ade idea


LELAHKU
Seketika itu,

perjalananku terhenti,
melihat diriku,
yang jauh tersisih,
setapakku mendekatiMu,

1000 KAU mendekati ku,
Dengan ujian & ketabahan,

KAu ujikelalaianku,
kau uji kesabaranku,
Namun,takdir menentukan aku memilihMU,
Lelahnya aku,

melalui perjalanan ini,
takkan ku henti kerna ku tahu,
Kau akan pelihara akidahku,
kau sahihkan ibadahku,
Kau kurnia kesihatanku,
Kau amanahkan masamu untuk ku,

Kau perindahkan akhlakku,

kau susun urusanku, kau bataskan nafsuku,
kau izinkan manfaat untuk mereka dariku,

kerna KAU aku jatuh cinta,
kerna KAU aku merindui Rasulullah,
kanku teruskan perjalanan mu ini,
tanpa lelahku.

ps/ni kira antara 10 musawafat tarbiyah la..

anDa sunYi??la tahzan


Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari. Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana. Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa. Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna. Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita. DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam. DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini. Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita. Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa. Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan? Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa. Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita. Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya. Rasulullah SAW bersabda,
“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”
drkc:/setiap y dtg ada hikmahnya

cinTa SemPoerNA


aku manusia lemah
selalu terjatuh

berbeda aku dari mu

kau berdiri teguh
aku serba tiada
aku kekurangan
dan bila kau tiba
aku hilang dari kewujudan
sempurnanya sifatmu
tulusnya hatimu
jujurnya niatmu
tingginya kesabaranmu

lepaskanlah diriku
kerna aku tak mampu tuk menanggung cinta sempurna
darimu...
darimu...
bukan aku tak pernah mengerti dirimu
ku sanjung setiap kata cinta kau berikan
aku
hilangkan rasa itu
akhirkan semua dan bila kau sedar aku hilang dari kewujudan
sempurna sifatmu
tulusnya hatimu
jujurnya niatmu
tingginya kesabaranmu
lepaskanlah diriku kerna aku tak mampu tuk menanggung cinta sempurna
darimu...

darimu...