Khamis, 17 Jun 2010

berjalan, melihat & ....(part2)



In the names of Allah
ar-Rahman & Ar-Raheem..


finally, ana cuti pun, & i.Allah ana akan cuba manfaatkan cuti ni sikit untuk teruskan menulis
dalam blog ni. Sekarang ana akan sambung balik cerita pengalaman ana masa lawatan ke sinai.
haritu kitan "stop" kat mana ye?..ha. ana ada cakap tentang Uyun Musakn??..ha let' continue..
9 Feb 2010,Baiklah, untuk bab kali ni ana sambung balik cerita dari Uyun Musa haritu ya,
masa tiba kat Uyun tu,ana tak tahu pun ada apa kat situ,
tapi, apa yang menarik,kat situ ada telaga air yang dalam,
& kawasan tu memang betul-betul depan laut merah,
tapi, memandangkan akhawat-akhawatkan kreatif & proaktif,
kemudian, salah seorang dari kami terus mencadangkan kami untuk video,
dengan "scene" yang sangat menggambarkan keadaan ketika dizaman nabi,
(sebab de banyak anak kambing)MyEm0.Com
jadi kami pun beraksilah seperti kisah ketika "Asma bnt Abu Bakar
menghantar makanan kpd Rasulullah s.a.w ketika berada
didalam gua,(tapi video ana tak boleh tunjuklah,asiif)MyEm0.Com :).
tapi masa tu antara momen yang menarik bersama-sama..
waah, ana kangen sama antunna..tapi lebih dari itu,
banyak yang ana dapat kat sini,
kami masing-masing duduk bersendirian sam
bil mentaddabur kalimah2
dari al-Quran & sangat merasakan ketenangan..
teringat ana pada surah tadabur kami ketika itu,
yakni dari surah (thaahaa:77)

"Dan sungguh,telah kami wahyukan kepada Musa,"pergilah bersama hamba-hambaku
(Bani Israel) pada malam hari, dan pukullah(buatlah) untuk mereka jalan yang
kering dilaut itu,(enkau) tidak perlu takut akan tersusul & tidak perlu khawatir(akan
tenggelam)."(20:77)

Subhanallah, ana waktu tu tak tahu nak kata apa,sebab
tak dapat nak bayangkan macam mana laut cantik & besar tu boleh terbelah..
memang menakjubkan kan?? memang menakjubkan.
siapa yang izinkan semua ni?tentulah Allah jawapannya..

"jom2,bas dah nak gerak"tiba-tiba ada orang panggil naik bas
lepas kami semua ambil "brunch"

seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke hamam firaun..

"apa,hamam firaun??"haha,ana tergelakMyEm0.Com..

nak tahu kenapa? sebab hamam tu bilik air,tak ke pelik nak melawat
bilik air ..Firaun laknatullah punya pulak tu..hehe..dahlah perjalanan nak pergi
ke situ lama, jauh tu...
tapi, sebenarnya tempat tu sangat "special"la bagi orang-orang yang
nak cantik macam firaun,sebab bilik air dia macam sauna..
tapi taklah macam sauna yang ada sekarang ni, sebab jalan nk masuk kesitu sempit,
walaupun berlumut tapi memang mantaplah bak kata akhowat..huhu
masa nak masuk tu siap berebut-rebut dengan orang korea lagi,

nak jadikan cerita pulak, masa kami semua masuk, semua
nak cepat-cepat keluar, mana tak nya,
berasap tu, dahla sempit kawasannya,
ditambah pula dengan pemandangan yang memanaskan..(y ni akhowat je y tahu)
tapi dalam ramai-ramai tu anala antara yang lambat keluar,
bukan sebab nak tunjuk hero atau seangkatannya,
tapi sebab tak berjaya nak masuk sampai nampak kolam air panas tu,
tapi takpelah, ana pun ambil initiatif lain dengan duduk
dekat sebuah kolam kecil untuk ambik oksigen.
sambil-sambil tengah duduk, adalah seorang "auntie" korea ni
bersembang dengan ana,mula-mula dia cakap korea,
terkedu ana, manala ana reti,kalau jepun tu bolehla sikit-sikit,huhu
tapi,"last-last, die speaking mat salih"
faham lah jugak

"i'm from korea"auntie tu mulakan perbualan dengan ana,

tapi lepas tu dia cakap korea balik,
manalah ana faham,ternganga kejap,
dah lah masa tu tengah panas huhu,
tapi mereka memang comey(huhu)
kemudian ana sambung balik

"i'm Malaysian,an asian"time tu agak pelikla jugak mana pulak datang ayat
"an asian" tu boleh singgah kat broca's area ana,huhu..

kemudian auntie tu cakap lagi, tp ana kuran tankap butir kata-kata dia
sebab berloghat,kemudian ana ucapkan salam kat mereka yang
tengah seronok menikmati hangat sauna hamam firaun tu,
ana pun berlalu & keluarlah..
tapi, rupa-rupanya ada akhowat cari ana kat dpn pintu gua kecil tu,
ada yang tercabar sebab ana duduk lama kat dalam tu,
ada yang memang tunggu "turn" nak masuk,
tapi akhowat tu cakapla yang dia ada dapat pengajaran
masa ana duduk lama dalam tu,
tapi ana tak ingat sangatla apa pengajaran nye,
tapi ana pun dapat jugak masa duduk dalam tu,
masa ana tengah semban dengan warga korea tadi
terfikir pulak, manusia ni ada juga yang Allah tak
suruh pun lagi masuk neraka yang lagi Maha panas,
dah cuba-cuba masuk ke tempat panas,seronok pulak tu
ana tengok,dengan pakainya..hurm ummat-ummat..
minta dijauhkan la dari macam tu"nauzzubillah"
kemudian, setelah semua basah sebab wap air sauna firaun tu,
kami bergegas ke bas untuk meneruskan perjalanan kami ke makam nabi
Salleh,saint Catherine,& mata air 12 suku kaum nabi Musa A.S.

memandangkan kami lewat tiba ke Makam nabi Salleh & saint Chaterine maka,
ana pun akan sambung seterusnya perjalanan kami ke part yan ke-3,
kali ni i.Allah lebih menarik.MyEm0.Com.

Asiif, jika cerita kali ni pendek je..huhu dah malam,ana pulak macam mengatuk,
jadi, sebelum ana mengarut lebih panjang, baik kita berhenti ok?mesyi...

wallahu'alam..



3 ulasan:

  1. yang penting cerita kat atas ni memang pengalaman ana ye..

    BalasPadam
  2. sekali cakap korea daa...waa menarik2 !!

    lain kali bila ada orang cakap bahasa dia,ant cakap je bahasa melayu..anggap la ant faham bahasa dia then balas dengan bm..haha (ana penah buat)..

    stylo,last2 dia diam dan mula untuk speaking..

    BalasPadam
  3. haha..tringin gak wat gitu,tp kesian..nk wat cmne..org berbudi,kite mne leyh wat x reti ukhti..huhu

    BalasPadam