Ahad, 20 Jun 2010

~~patah hati~~


In the Names of Allah
ar-Rahman ar-Raheem.

semalaman ana terfikir,terbaca,terlaksana,& akhir sekali tersedar kembali,
siapa ana diatas bumi Allah ni, ana cuba hitung balik diri ana,buat balik perkara yang ana dah lama tak buat, duduk & berfikir..apa tujuan aku? ana cuba mengeksperimen diri ana terhadap perkara-perkara yang memang dah setahun jauh dengan ana, rupanya masih ada lagi kesan-kesan titik hitam yang kekal, ana cuba tenangkan hati cuba cari solusi..
kemudian timbul dalam hati untuk ambil tahu tentang sahabat2 lama, bukannya apa ana dah lama tak buka facebook,jd dah kurang tahu tentang perkembangan mereka..kemudian ana tekad untuk teruskan, tapi rupanya ana salah masa..mungkin dengan kondisi iman yang kurang stabil,ana tersilap langkah,tapi masih cuba untuk cari penyelesaian..akhirnya,naah alhamdulillah ana terbuka kembali sebuah artikel yang cukup memberi ana kesedaran..yakni

Oleh (Alm) Ust. Rahmat Abdullah

“Jadilah kalian orang-orang yang …

atsbatuhum mauqiifan .. yang paling kokoh atau tsabat sikapnya

arhabuhum shadran .. yang paling lapang dadanya

a’maquhum fikran .. yang paling dalam pemikirannya

ausa’uhum nazharan .. yang paling luas cara pandangnya

ansyatuhum ‘amalan .. yang paling rajin amal-amalnya

aslabuhum tanzhiman .. yang paling solid penataan organisasinya

aktsaruhum naf’an .. yang paling banyak manfaatnya

Waktu itu,ana duduk hampir 5 jam & ana tak mampu untuk rungkaikan satu konklusi pun yang menggambarkan ciri-ciri diatas yang telah ana penuhi. Sedangkan ramai sahabat-sahabat ana yang sudah lama terputus hubungan bertemu dengan cahaya Rabb itu..Ya Allah kekalkan diri kami dalam keimanan,ketaqwaan & tsabat serta sabar menempuh jalan ini.

Ana tunduk kecewa,"atas dasar apakah aku memilih jalan ini jika aku ingin kembali berpatah kembali??"
"siapakah sahabat & pemimpin ku?,adakah ianya nafsu?" jika benar janji aku pada Allah, dimana bukti perjuangan ku??
ya Allah,celakalah aku jika kembali seperti kejahilan yang dulu..malu,malu terhadap diri..

Tetapi, setiap ujian pasti ada hikmahnya, setiap persoalan pasti ada jawabannya,& setiap kegagalan adalah satu jalan menemukan jalan keluar..& jawapannya tetap ada, bersabarlah & jangan berputus asa..sesungguhnya org yang berputus asa akan terputus dari rahmat Allah..biarkan hati mu remuk,biarkan hati mu hancur kerana dipenuhi dengan tuntutan nafsu, tapi jangan sambung kembali serpihan-serpihan itu dengan titik noda, bangkitlah segera, fikirkan tentang ummat, jadilah individu muslim y tsabat, berlapang dadalah & binalah keluarga muslim yang beregas menuju redha Ilahi..

"wahai hati,jangan kau patah lagi, jangan kau berpaling lagi,
jangan kau biarkan dirimu penuh dengan lumpur dosa,
kerana tarbiyah tidak memerlukan orang seperti itu,
tarbiyah hanya membutuhkan manusia yang tegar dijalan ini,
yang kuat & berani untuk al-Haq,
yang lemah- lembut terhadap insani,
yang indah perilaku akhlak & yakin dengan teguh janji ilahi,
buanglah wajah kemunafikkanmu,
buanglah kemanjaanmu terhadap dunia,
tetaplah berdiri teguh dengan pedoman,
sempurnakanlah janji-janji mu,
bicaralah dengan kesegaran jiwamu,
berdegup kencanglah didalam medan juangmu,
sambunkanglah serpihan-serpihan ukhuwah,
kembali & matilah menuju mardhatillah"

Disini, kepada sesiapa yang membaca, maaf dari ana jika sekiranya ana berbuat salah pada antum,
tiada niat ana untuk menyakiti sesiapa,memusuhi sesiapa bahkan tidak ingin mengajak antum untuk kembali pada kejahilan,ssunguhnya yang jahil itu diri ana, tiada sedikit pun kelebihan diri untuk menyatakan kesalahan manusia,
& yang sempurna itu Allah..ana cumalah hambaNYA..Jika ana terlalai silalah tegur ana ye..sedikit perkongsian..

dedicate specially to my housemate y tengah brusaha mnuju redha Allah:

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA



1 ulasan:

  1. Assalamua'laikum ukhti, semoga dikentalkan iman menelusuri hari yg mendatang.. doakan ana jg...
    *pembetulan ukhti, lagu tu lgu saujana kn, kalau xsilap ana...

    suka ana pd bicara ini;"merangkak,berjalan,belari & terbang kelangit mencari redha Ilahi" semoga kita dipertemukan atas cinta-NYA"- amin3 ya Rabb

    http://ilallah.blogspot.com/2010/05/patah-hati.html

    BalasPadam