Khamis, 27 Mei 2010

....haram alaik!!..


Dengan nama Allah,

Haram Alayk!!

kenapa haram alayk??..kenapa ana dengan tegas menulis perkataan yang dianggap kutukan oleh masyarakat arab di bumi mesir ni??..mesti antum pelik..ye memang perlu pelik wa hairan, sebab dizaman ini kerosakan bukan lagi satu kepelikan malah satu kebiasan umum masyarakat dunia masa kini..kita dah tak mampu untuk membezakan yang mana baik & yang mana buruk.. kenapa ana ana meletakkan perkataan diatas sebagai permulaan??kerana hakikat dunia masa kini penuh dengan perbuatan "haram". Setiap saat penuh dengan perbutan haram walau sebenarnya masih ada jugak y sedang berkejar-kejar melaksanakan kebaikan..

Secara jelasnya apa yang ingin ana kongsikan bukanlah kerna ana pelik dengan perbuatan kebaikan atau sebaliknya tapi ingin mengajak antum untuk menyedari hakikat ini bahwa nafsu telah menguasai dunia, jika kita "review" kembali pada zaman tatkala Rasulullah s.a.w bersama para sahabat r.a, kejahatan merupakan suatu perkara yang menghairankan. Sehinggakan hukum hudud tertegak dengan kukuhnya, amar makruf nahi mungkar tersebar meluas sehinggakn menjadi satu slogan yang amat besar pengaruhnya. Pernah kita terfikir untuk kembali kezaman kegemilangan itu?? pernah tak jiwa kita bangkit & terkesan dengan kata-kata dari Rasulullah S.A.W- "..sampaikan dariku walau sepotong ayat?"..pernahkah kita terfikir untuk menjadi seperti saidina Abu Bakar yang sentiasa membenarkan kata-kata Rasul mulia itu?..walau hanya dengan mengetahui kalimah syahadah, beliau segera menyampaikan?..cuba antum bayangkan jika baginda masih berada dihadapan kita & terus menyeru sedemikian, apakah "respond" kita??tak perlu ana persoalkan kerana secara jelas jiwa kitalah yang akan menjawab persoalan itu..

Akh-akh sekalian, berkisar tentang jiwa kita, pernahkah kita bertanya khabar tentang jiwa kita, tentang iman kita, cukup sihatkah jiwa kita tatkala ni, atau sedang sarat menanggung kesakitan akibat terbelenggu dengan tali-tali nafsu amarah? atau nafsu lawamah? atau ia sudah cukup sihat & tenang dengan nafsu mutmainnah?..Usaplah jiwa kita & tegurlah ia kerana jiwa kita ini diibaratkan seperti pohon, jika kita tidak menyiraminya dengan air & nutrient maka ia akan layu & mati tetapi sebaliknya yang kita lakukan maka sihatlah ia, bahkan mampu memberi manfaat pada yang lain. Begitulah juga dengan jiwa kita, jiwa kita siraminya dengan baik maka baiklah hasilnya & jika kita membiarkannya, nafsu akan menjadi pendokong dominan. Lebih dasyat lagi jika kita menuruti nafsu itu, ia akan menuntut lagi, jadi apakah tindakan kita ya akh kareem??

kepada akh yang sudah sedia menyahut seruan Rasul, marilah kita selak kembali lembaran sepanjang perjalanan kita dijalan tarbiyah ini. Adakah ia masih dihujani dengan noda-noda hitam, ataupun sudah kita lunturkan noda itu dengan peluntur-peluntur seruan kebaikan? tidak teringinkah kita tergolong sebagai golongan yang telah di firmankan dalam surah(al-BAlad:27-30) sebagaimana firman-NYA:-
"wahai jiwa yang tenang!"
"kembalilah kepada tuhan-mu dengan hati yang redha & diredhai-
Nya"
"maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaku,"
"& masuklah kedalam syurgaku"

jika kita sudah mulakan langkah untuk amar makruf nahi mungkar,kredit untuk antum ana ucapkan, tetapi kenapa gejala maksiat semakin meluas?, kenapa fitnah dunia semakin melata dibumi ini?, kenapa rakyat Palestina masih lagi menderita?..ya mungkin kita masih dalam proses untuk membina tetapi pernah kah kita cuba untuk membina dengan kukuh kekentalan jiwa & iman kita? sekali lagi ana kaitkan dengan iman, apakah sebabnya? ya mungkin kondisi iman kita lah yang mengukapkan perilaku kita, akhlak kita yang belum cukup baik untuk kita pamerkan kpd ummat.. Belum cukupkah qudwah hasanah yang ada? belum cukupkah Rasulullah sebagai tokoh terkemuka yang cukup cantik & indah akhlak nya?? firman Allah:-(al-Ahzab:21)

"sungguh, telah ada pada(diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(yaitu)bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah & kedatangan hari akhirat & yang banyak mengingat Allah"


sebagaimana sabda nabi s.a.w" sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemulian akhlak". Jadi jelaslah akhlaklah antara berjayanya rasulullah menyebarkan agama Islam. Apa yang ana katakan ini bukanlah untuk menyatakan akhlak analah yang terbaik, sungguh memang tidak, tetapi hal ni turut menjadi sebahagian muhasabah yang perlu kita fikirkan. Kerna ana semakin khuwatir dengan keadaan ummat sekeliling. Jika dibumi mesir ini pun maksiat masih berleluasa, fitnah semakin menjadi-jadi, perbalahan semakin menjadi isu maka apakan lagi di tanah kelahiran kita yang kita sedia maklum kucar-kacirnya. Semalam ana berborak dengan beberapa akhawat tentang isu semasa di malaysia, ana sangat terkejut kerna peratusan kes zina diMalaysia semakin meningkat dengan kadaran beberapa saat kitar masa berlaku kes zina sahaja.belum termasuk buang anak, anak luar nikah dsb. Dengan peratusan begitu, masih lagikah kita ingin duduk berdiam diri?. tidak resahkah jiwa kita??

Muslimin wa muslimah sekalian, sedar & bangkitlah kalian, isu yang perlu kita bincangkan bukanlah isu siapa hebat siapa tidak kata-katanya, tetapi yang lebih perlu diutamakan adalah isu ummah.Ummah yang semakin hanyut ditenggelamkan dengan nafsu amarah. jadi sedarlah kita..
jadilah kita ikhwan yang Rasulullah rindukan. Yang siang & malamnya digunakan utk cinta Allah & Rasul. Berhentilah dari menjadi fitnah-fitnah dunia. Ummat sekarang berada dijurang bahaya, makanya,siapakah penyelamat kita??!!

Akhirul kalam, sedikit perkongsian yang ana catatkan bukanlah untuk menyatakan analah yang paling benar hujahnya. Tetapi hanya ingin meluahkan sedikit keresahan & kerisauan ana. Sebagai rasa malunya ana terhadapa Rasulullah s.a.w yang sangat sayangkan ummatnya & rasa malunya ana terhadap Allah yang tidak putus-putus memberikan rahmat & kasih sayangnya kepada kita. Maaf atas segala kekurangan.

Mungkin sedikit dari ana walaupun copy & paste sahaja ttp inshaAllah dpt mmberi sdikit ransangan kepada kita untuk bersegera menyahut kata-kata Allah sebagai abid & khalifah(2:30)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan